Wednesday, September 14, 2011

Berpantang dan Pantang-Larangnya

Assalamualaikum readers!

After mengharungi detik-detik membahagiakan makan dan makan dengan gelojoh sebab lepas bersalin dah tak boleh buat macam tue lagi, kini tiba masa yang terpaksa ditunggu-tunggu. masa di mana dah tak boleh enjoy semua jenis makanan sesuka hati. masanya is straight away after bersalin.

Dah namanya pun tempoh berpantang a.k.a confinement, maka macam-macam yang kena jaga. Tak cukup bab makan je, sambung lagi dengan bab gaya hidup dan aktiviti harian. Dan tempoh berpantang nie ada banyak siri dan macam-macam bahagian bergantung kepada bangsa and keturunan.  Siri tue hari la maksudnya. 44 hari, 60 hari, 100 hari. Terpulang pada individu.

so, kat sini nak share apa yang boleh dimakan masa dalam pantang.. yelah, selalu mesti ibu-ibu lepas bersalin nie sibuk nak roger dan google apa yang boleh dan tak boleh although mak dan nenek yang jaga dah bagitau awal-awal lagi sejak belum deliver baby.

Buah-buahan :
Epal merah (epal hijau tak boleh)
Oren (yang manis je, masam tak boleh gak)
Anggur (sikit-sikit boleh, takut batuk)
Strawberi, Pear, Lai
Kurma, Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima, Aprikot
Larangan : jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, cempedak, nangka. 

Sayur-sayuran :
Pegaga, Lemun, Daun pudina, Daun kari, 
Sawi, Kailan
Lobak merah, Tomato, Brokoli, Asparagus ,Salad, Capsicum
Cili merah, Bebawang
Ubi kentang
Larangan : sayur-sayuran yang tumbuh menjalar dan sejuk seperti timun, petola, peria

Ikan-ikan :
Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning, Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.
Larangan : Ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol,parang dan juga makanan laut yang  lain dimana ia  boleh menyebabkan luka-luka  dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit. memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan  fizikal dan mentalnya.

Makanan :
Nasi Panas sederhana lembut
Spagetti, Pasta & Makaroni
Roti Canai, Tosei

Minuman :
Jus Epal, Ribena, Sirap, Sunquick (jangan terlalu masam)
Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika, Ubat periuk
Larangan : minuman bergas dan tajam seperti air tebu, cincau, air kelapa muda, jus nenas, belimbing, durian belanda, mangga, betik. 

Bijirin & Kekacang :
Gandum , Oats, Empingan jagung (Corn flakes)Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya (Tauhu, Tempe & Taufu) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains

Akibat dari makan-makanan larangan di taman larangan istana boleh menyebabkan masalah penyakit tulang, sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism ,rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

eh, tak habis lagi. bab telur pulak, ada yang kata boleh ada kata tak boleh. Tapi, kalau ikut tok saya yang berbangsa cina, boleh makan telur tapi campurkan dengan lada. Untuk masakan lain tak disuggestkan dicampur dengan lada. Cukuplah sekadar bawang dan halia.

Antara menu yang best : masak asam, masak kunyit, goreng (kurangkan minyak), masak air (air berlinang tak bagus)

Kesimpulannya, boleh dikatakan buah Malaysia yang hidup bukan kat cameron highland sebab buah malaysia banyak penyakit angin tak pun boleh sebabkan sejuk. nak ke kena penyakit menggigil tue? tak mau kan? jangan makan!

Next, berkaitan lifestyle. Eh, rutin harian sepanjang berpantang.

1. Elak naik turun tangga berulang kali. Jika tinggal di rumah 2 tingkat, fikir semasak-masaknya nak berpantang di tingkat bawah atau atas. Kalu pilih untuk berada di tingkat atas, dan ada yang datang menziarah, minta mereka naik atas atau baby saja yang turun ke bawah. Bukan apa, takut bentan atau jahitan lambat baik. Seeloknya, berpantang  di bawah sahaja kalau tiada peneman untuk sediakan air mandian dan masak untuk kita.

2. Jangan main air (sejuk terutamanya). Mandi cepat-cepat dan keluar. Membasuh? Kalau tiada pilihan, buatlah. Tapi minimumkan.

3. Urusan keluar masuk rumah. Minta kerjasama ahli rumah yang lain untuk tidak pulang ke rumah sejam sebelum maghrib dan sejam selepas maghrib. Waktu syaitan nak bermaharajalela pada masa ini. Jika tidak dapat elak, minta mereka tinggal sebentar di luar selama 10 minit sekurang-kurangnya sambil bacakan ayatul kursi, zikir dan selawat. Kemudian baru masuk ke dalam rumah. Begitu juga waktu tengah hari.

Sekadar perkongsian,
1. Seorang rakan saya demam selepas cuci tuala mandi anaknya dalam pantang. Demamnya menggigil-gigil. Selimut macam tak berfungsi.
2. Seorang lagi rakan saya giat membasuh baju anak di tingkat atas. Dia juga yang akan turun dan keluar rumah untuk jemur dan kutip pakaian tersebut. Pada sebelah petangnya, dia mula demam dan sentiasa terdengar bisikan suruh campak anak dari tangga atas ke bawah selama 3 hari.
3. Nenek semasa dalam pantangnya ketika muda, pernah terdengar bisikan minta campak anak ke dalam unggun api. Nauzubillah.

Mungkin kita nampak orang lain kuat, tapi belum tentu untuk kita lagi.

7 comments:

  1. Tq info sis
    Amat bermakna thread ni walaupun dh 6 tahun blog ni

    ReplyDelete
  2. Sangat bermanfaat entri ini.. πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tqvm for sharing...sgt bermanfaat utk dijadikan panduan ibu2 modern

    ReplyDelete
  5. Tqvm for sharing...sgt bermanfaat utk dijadikan panduan ibu2 modern

    ReplyDelete